Sunday, December 27, 2015

Pengguna WhatsApp bakal boleh membuat panggilan video secara percuma tidak lama lagi


Aplikasi permesejan yang popular dikalangan pengguna telefon pintar iaitu WhatsApp nampaknya akan melancarkan satu lagi ciri baru khusus untuk pengguna mereka.

Selepas pelancaran panggilan suara percuma melalui WhatsApp, syarikat yang dimiliki oleh Facebook ini dilihat bakal melancarkan perkhimatan panggilan video percuma melalui WhatsApp.

Laporan terbaru daripada Jerman ini juga mendedahkan bahawa bahawa peranti iOS akan menerima WhatsApp Video sebelum ditawarkan kepada pengguna Android.

Versi yang akan menyertakan fungsi WhatsApp video ini adalah versi 2.12.16.2 berbanding versi semasa 2.12.12 di App Store.


Fungsi pengunaan WhatsApp Video ini dilihat sangat mudah dan reka bentuk UI ini juga sangat ringkas dan unik.

Selain itu, WhatsApp juga akan membuat perubahan reka bentuk pada WhatsApp ini dan akan memfokuskan kepada pengunaan warna hijau secara keseluruhanya.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates