Sunday, December 27, 2015

Lenovo Vibe S1 mula dijual di Malaysia


Lenovo Mobile Malaysia kini secara rasminya telah mula menawarkan telefon pintar Lenovo Vibe S1 di pasaran Malaysia.

Lenovo Vibe S1 telah dilancarkan di IFA 2015 pada bulan September yang lalu dan kini ditawarkan dengan harga penjualan RM 1,299.

Tarikan utama telefon pintar utama ini adalah ianya mempunyai dua kamera hadapan dan mana syarikat ini mendakwa ianya akan memberikan pengguna untuk lebih kreatif ketika mengambil gambar selfie

Dibahagian hadapan, Lenovo S1 ini mempunyai kamera 8MP yang diberikan keutamaan utama mengambil gambar manakala satu lagi unit kamera dengan resolusi 2MP digunakan sebagai kamera yang akan menganalisa gambar dengan lebih mendalam sekaligus mereplikasikan penglihatan seperti binokular.

Selain itu, untuk meningkatkan lagi kekreatifan anda, kamera ini turut disertakan dengan beberapa aplikasi pengeditan gambar. Dan satu fungsi yang paling menarik adalah ciri ‘Cut Out’ dimana anda boleh mengambil gambar selfie seseorang dan meletakkanya pada gambar yang lain.

Dari segi spesifikasi, Lenovo S1 ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5-inci, pemproses generasi terbaru 64-bit daripada MediaTek, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman, bateri berkapasiti 2,500mAh dan tidak lupa kamera belakang 13MP.

Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu putih dan biru dan anda boleh membelinya melalui wakil pengedar sah Lenovo dan secara atas talian .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates