Sunday, December 27, 2015

Huawei Nexus 6P dengan warna emas mula dijual


Nexus 6P daripada Huawei yang kini dijual di Malaysia melalui Lazada dan vmall mungkin akan menerima warna baru tidak lama lagi.

Warna baru kami perkatakan adalah warna emas yang sebelum ini hanya ditawarkan secara eksklusif di pasaran Jepun.

Nexus 6P warna emas ini kini sudah mula memasuki pasaran India melalui Flipkart dan mungkin memasuki pasaran lain termasuk Malaysia tidak lama lagi.

Nexus 6P warna emas ini mempunyai harga penjualan lebih tinggi berbanding model warna lain iaitu pada harga RM2844.

Sebagai perbandingan Nexus 6P mempunyai harga penjualan RM2698 di pasaran tempatan dan Nexus 6P warna emas ini mungkin ditawarkan pada harga RM2799 jika ianya memasuki Malaysia.

Huawei Nexus 6P hadir dengan skrin paparan QHD AMOLED berukuran 5.7-inci dengan kepadatan piksel mencecah 518ppi ( turut dilapisi dengan Gorilla Glass 4), pemproses Qualcomm Snapdragon 810 versi 2.1, 3GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Dari segi kamera pula, Nexus 6P mempunyai unik kamera utama yang sama seperti Nexus 5X iaitu kamera 12.3MP dengan 1.55µm piksel dan aperture f/2.0. selain itu, ianya juga hadir dengan dua lampu flash dan mampu merakam video 2160p. dari segi kamera selfie pula, 

6P hadir dengan unit kamera 8MP dengan 1.4µm piksel dan aperture f/2.4

Selain itu, Nexus 6P juga mempunyai dua pembesar suara di bahagian hadapan selain sensor pengesan capjari yang diletakkan pada bahagian belakang selain bateri berkapasiti 3,450mAh (dengan teknologi pengecasan pantas melalui slot USB Type-C).


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates