Sunday, December 27, 2015

Alcatel One Touch Mini kini dijual dengan harga lebih murah


Alcatel One Touch Flash Mini kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan yang sangat berpatutan iaitu hanya RM 189.

Telefon pintar ini hadir dengan skrin paparan 4.0-inci, pemproses dua teras dengan kelajuan 1.0Ghz, 512MB RAM, 4GB memori simpanan dalaman, kamera belakang 5MP yang disertakan dengan lampu flash led, kamera selfie 0.3MP dan bateri berkapasiti 1,500mAh.

Selain itu, Alcatel One Touch Flash Mini juga hadir dengan sokongan dwi-SIM dan berasaskan sistem operasi Android 4.4 KitKat.

Alcatel One Touch Flash Mini ditawarkan pada harga RM 189 dan didalam satu warna iaitu warna kelabu.

Harga penjualan Alcatel One Touch Flash Mini meletakkan model ini sebagai model yang sesuai untuk anda jadikan sebagai telefon pintar kedua dan sesuai juga untuk golongan muda.

Anda juga mendapatkan diskaun tambahan dengan menggunakan kod bauchar ini : TREAT100

Pembelian boleh dilakukan melalui Lazada .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates