Sunday, December 20, 2015

BlackBerry Priv boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM3559


BlackBerry secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka ke pasaran tempatan iaitu BlackBerry Priv

BlackBerry Priv hadir sebagai telefon pintar yang mengutamakan keselamatan dan privasi pengguna tanpa mengetepikan aspek penting yang wajib dimiliki oleh telefon pintar.

BlackBerry Priv hadir dengan skrin paparan OLED QHD berukuran 5.4-inci yang memberikan kepadatan piksel 540ppi, pemproses Snapdragon 808 daripada Qualcomm, 3GB RAM, bateri berkapasiti 3,410mAh dan 32GB memori simpanan dalaman (mempunyai slot microSD yang mampu menyokong sehingga 2TB).

Selain itu, BlackBerry Priv turut dilengkapi dengan kamera belakang 18MP yang mempunyai pensijilan Schneider-Kreuznach yang juga mampu merakam video 4k pada kadar 30fps. Kamera hadapan yang dimiliki oleh BlackBerry Priv ialah 2MP.


BlackBerry akan mula dijual di Malaysia mulai 18 Disember ini dan sebagai tawaran istimewa, 11street akan menawarkanya pada harga RM3388 bagi 60 pembeli pertama.

BlackBerry Priv juga akan ditawarkan melalui Celcom dibawah pelan Celcom FiRST.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates