Sunday, December 20, 2015

Microsoft Lumia 950 Dan 950XL mula dijual di Malaysia dengan harga bermula RM2699


Telefon pintar terbaru Microsoft iaitu Lumia 950 dan Lumia 950 XL secara rasminya telah dilancarkan di Malaysia.

Kedua-dua telefon pintar terbaru Microsoft ini hadir dengan sistem operasi Windows 10 Mobile dan merupakan dua telefon pintar untuk menyertakan skrin paparan QHD.

Lumia 950 XL hadir dengan saiz skrin 5.7-inci manakala Lumia 950 hadir dengan skrin paparan yang lebih kompak iaitu 5.2-inci. Teknologi skrin yang digunakan adalah AMOLED dengan ‘glance screen’ dan ‘ClearBlack’.

Beralih kepada spesifikasi dalaman, Lumia 950 XL hadir dengan pemproses Snapdragon 810, Adereno 430 dan 3GB RAM. Beralih kepada Lumia 950, model ini hadir dengan pemproses Snapdragon 808 dan turut mempunyai 3GB RAM. Lebih menarik, bagi memastikan telefon pintar ini beroperasi pada tahap dan suhu yang optimum, Microsoft telah menyertakan teknologi penyejukan ‘Liquid Cooling’ pada kedua-dua model ini.

Dari segi kamera pula, kedua-dua mode Lumia ini hadir dengan unit kamera yang sama iaitu kamera utama 20MP dengan teknologi PureView dan turut disertakan optik pengstabilan imej dan optik Carl Ziess. Unit kamera ini juga hadir dengan kebolehan merakam video 2160p dan lampu LED flash.

Perbezaan pada bahagian kamera ini hadir pada bahagian hadapan dimana Lumia 950 XL hadir dengan kamera 5MP dengan lampu flash LED manakala Lumia 950 mempunyai unit kamera yang sama namun tidak ditemani dengan lampu flash LED.


Dari segi bateri pula, Lumia 950XL hadir dengan bateri berkapasiti 3,400mAh manakala Lumia 950 hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh. Kedua-dua model ini juga dilengkapi dengan teknologi pengecasan tanpa wayar dan USB Type-C mengikut jejak langkah pengeluar telefon pintar Android.

Satu ciri yang unik hanya pada Lumia 950 XL adalah teknologi Windows Hello yang mana anda boleh mengaktifkan telefon pintar anda apabila kamera selfie anda mengesan anda sedang melihat telefon pintar. Teknologi ini kini berada dalam fasa Beta.

Microsoft Lumia 950 ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan putih dengan harga penjualan RM 2699 manakala Lumia 950 XL pula akan ditawarkan didalam dua warna dengan harga penjualan RM 2999.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates