Sunday, December 20, 2015

Asus ZenFone Max bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi


Asus ZenFone Max yang diumumkan pada bulan Ogos yang lalu masih belum memasuki pasaran walaupun pada awalnya dijadualkan akan memasuki pasaran pada bulan Oktober.

Asus ZenFone Max adalah telefon pintar yang memfokuskan kepada penawaran pengunaan telefon pintar yang lebih lama kerana model ini memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dan anda boleh menggunakan ZenFone Max untuk mengecas peranti anda yang lain.

Selain itu, Asus ZenFone Max hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.5-inci dengan perlindungan Gorilla Glass 4, pemproses Qualcomm Snapdragon 410, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, model ini juga hadir dengan kamera 13MP dengan f/2.0 dan teknologi pemfokusan laser yang sama seperti pada Asus ZenFone 2 Laser. Kamera hadapan telefon pintar ini adalah 5MP.


Asus ZenFone Max nampaknya semakin hampir menjadi realiti dan dijangka memasuki pasaran didalam masa terdekat.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat harga bagi Asus Zenfone Max ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates