Sunday, December 20, 2015

Oukitel K10000 dengan ketahanan bateri sehingga 15 hari telah dilancarkan


Oukitel , satu lagi pengeluar telefon pintar yang berpangkalan di China telah mencuri tumpuan dunia apabila telah mengumumkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Oukitel K10000.

Apabila ianya mencuri tumpuan dunia, anda mesti sudah tahu bahawa telefon pintar ini pasti hadir dengan sesuatu ciri yang tidak mampu atau pernah ditawarkan oleh pengeluar utama di pasaran.

Oukitel mendakwa telefon pintar terbaru mereka ini mampu bertahan sehingga 10 – 15 hari didalam satu pengecasan penuh dan ianya hadir dengan bateri berkapasiti 10,000mAh.

Jika anda fikir kapasiti bateri yang besar ini sudah cukup untuk menawarkan jangka hayat bateri 10 hingga 15 hari, anda silap.

Oukitel telah memilih setiap komponen yang digunakan pada telefon pintar ini dengan teliti dan setiap komponen ini mempunyai kadar pengunaan tenaga yang sangat cekap.

Spesifikasi lain yang dimiliki oleh Oukitel K1000 ini adalah skrin paparan 720p berukuran 5.5-inci, pemproses daripada MediaTek berkelajuan 1.0GHz, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.


Selain itu, Oukitel K1000 juga hadir dengan kamera belakang 8MP manakala kamera hadapan adalah 2 MP.

Oukitel K10000 juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas yang mana pengecasan penuh telefon pintar ini akan mengambil masa 3.5 jam.

Oukitel K10000 kini sudah mula dibuka untuk tempahan di GearBest dengan harga penjualan sekitar RM1033 .

Pembelian GearBest juga menawarkan penghantaran ke seluruh dunia termasuk Malaysia.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates