Sunday, December 20, 2015

OnePlus X mula dijual di Malaysia dalam versi Champagne


OnePlus kini telah mengumumkan pelancaran versi Champagne Emas OnePlus X ke pasaran antarabangsa selepas penjualan di China bagi model ini mendapat sambutan yang sangat menggalakan.

OnePlus X Champagne ini adalah versi yang sama seperti versi Onyx hitam ini dan bukanya mempunyai reka bentuk luaran yang sama seperti versi terhad OnePlus X Seramik.

OnePlus X Champagne Emas ini hadir dengan reka bentuk yang sama seperti OnePlus X onyx namun menggunakan gelas berwarna putih pada bahagian hadapan dan belakang selain rangka keluli berwarna emas.

Seperti telefon pintar OnePlus yang lain, versi Champagne OnePlus X ini juga memerlukan kod jemputan untuk anda membelinya namun ianya akan ditawarkan tanpa sebarang kod jemputan pada setiap hari Selasa.

OnePlus X versi Champagne ini mungkin memasuki pasaran Malaysia melalui Brightstar Malaysia dan Lazada.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates