Sunday, December 20, 2015

Phicomm EX780L mula dijual melalui Lazada dengan harga RM799


Phicomm EX780L kini ditawarkan di Lazada dengan harga penjualan hanya RM 799 sempena kempen penjualan Online Revolution berbanding harga asal RM 1,299.

Phicomm EX780L hadir dengan skrin paparan OGS IPS 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Quad Core Qualcomm Snapdragon 801 berkelajuan 2.5GHz, GPU Adreno 330, 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Phicomm EX780L juga hadir dengan kamera utama 13MP dengan flash LED dan fokus auto, kamera selfie 5MP, bateri berkapasiti 2,900mAh, sokongan dwi-SIM(Nano-SIM), 4G LTE, Android 4.4 KitKat dan sensor capjari.

Phicomm EX780L ditawarkan didalam satu warna iaitu warna perak dengan harga penjualan RM 799 dengan jaminan 12 bulan daripada COMSAT.

Harga istimewa bagi Phicomm EX870L ini hanyalah sempena tiga hari terakhir kempen Lazada Online Revolution iaitu dari 10 Disember sehingga 12 Disember ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates