Sunday, December 20, 2015

Xiaomi Redmi Note 3 dijual di Malaysia melalui DirectD


Xioami Redmi Note 3 kini telah mula ditawarkan di Malaysia melalui pengedar telefon pintar terkemuka DirectD.

Redmi Note 3 yang dilancarkan kurang sebulan selepas pelancaran Redmi Note 2 di Malaysia ditawarkan dengan harga penjualan yang bermula dari RM 699.

Menariknya, DirectD turut membawa masuk kesemua warna yang ditawarkan dan juga versi 3GB RAM.

Xiaomi Redmi Note 3 didalam versi 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman mempunyai harga penjualan RM 699 bagi warna kelabu, bagi warna perak dan emas ianya ditawarkan pada harga RM 799.

Beralih kepada versi 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman, DirectD menawarkan warna kelabu versi ini pada harga RM 899 manakala versi perak dan emas mempunyai harga penjualan RM 999.

Xiaomi Redmi Note 3 yang ditawarkan oleh DirectD ini adalah versi import dan akan ditawarkan denagn jaminan waranti 24 bulan daripada DirectD.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates