Sunday, February 7, 2016

Oppo F1 Plus dijangka akan dilancarkan pada April 2016


Telefon pintar siri terbaru daripada Oppo iaitu Oppo F1 telah dilancarkan di pasaran tempatan minggu lalu dan semalam model telefon pintar ini telah memasuki pasaran India.

Pada majlis pelancaran Oppo F1 di India, syarikat ini telah mengumumkan bahawa satu lagi model didalam siri F ini akan dilancarkan pada bulan April.

Model kedua didalam siri F ini akan dikenali sebagai Oppo F1 Plus dan ianya telah disahkan akan hadir dengan skrin paparan HD penuh bersaiz 5.5-inci, 4GB RAM dan teknologi kamera hadapan yang lebih baik dari segi perisian dan unit kamera.

Selain itu, spesifikasi lain yang akan dimiliki oleh Oppo F1 Plus ini dijangka sama seperti yang ada pada F1 iaitu pemproses Snapdragon 615, 16GB memori simpanan dalaman kamera utama 13MP.

Selain itu, Oppo India juga telah mengumumkan harga penjualan Oppo F1 Plus ini iaitu INR 26,999 atau sekitar RM 1,645 dan akan mula ditawarkan di pasaran India pada bulan April.

Oppo F1 Plus juga dijangka akan ditawarkan di pasaran lain termasuk pasaran Malaysia selepas itu.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates