Sunday, February 7, 2016

Siri Samsung Galaxy A 2016 mula di Malaysia bermula dari harga RM1299


Samsung secara rasminya telah melancarkan model telefon pintar terbaru mereka didalam siri A iaitu Galaxy A3(2016), Galaxy A5 (2016) dan Galaxy A7 (2016) di pasaran Malaysia

Reka Bentuk

Kesemua model terbaru siri Galaxy A (2016) ini hadir didalam reka bentuk yang berasaskan logam dan gelas yang premium dan reka bentuk ini telah diambil daripada Samsung Galaxy S6.

Skrin paparan


Samsung Galaxy A7 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED HD Penuh berukuran 5.5-inci
Samsung Galaxy A5 pula hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 1080p berukuran 5.2-inci
Samsung Galaxy A3 pula hadir dengan skrin paparna Super MAOLEd 720p dengan ukuran 4.7-inci

Pemproses

Samsung Galaxy A5 dan Galaxy A7 (2016) hadir denagn pemproses octa-core berkelajuan 1.6GHZ manakala Samsung Galaxy A3 (2016) pula memiliki pemproses quad-core berkelajuan 1.5GHz.

Samsung Galaxy A7 (2016) hadir dengan 3GB RAM, 2GB RAM pada A5 (2016) dan 1.5GB RAM pada A3 (2016). Selain itu, kesemua model ini hadir dengan kapasiti memori simpanan dalaman yang sama iaitu 16GB.

Dari segi perisian pula, kesemua siri Galaxy A (2016) ini hadir dengan TouchWiz UI Samsung yang terbaru dan berasaskan Android 5.1 Lolllipop. 


Kamera

Samsung Galaxy A7 (2016), A5 (2016) dan A3 (2016) hadir dengan unit kamera yang sama iaitu kamera utama 13MP dan kamera hadapan 5MP yang mana kedua-dua kamera ini mempunyai aperture f/1.9. walaubagaimanapun, hanya Samsung Galaxy A5 (2016) dan Galaxy A7 (2016) mempunyai optik pengstabilan imej atau OIS.

Bateri


Samsung Galaxy A7 (2016) hadir dengan bateri berkapasiti 3,300mAh diikuti dengan Galaxy A5 (2016) yang memiliki bateri berkapasiti 2,900mAh manakala A3 (2016) pula hadir dengan bateri berkapasiti 2,300mAh.

Samsung Galaxy A5(2016) dan Galaxy A7 (2016) juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas.

Sensor capjari dan Samsung Pay

Samsung Galaxy A5 (2016) dan Galaxy A7 (2016) mempunyai sensor pengesan capjari namun sensor ini tidak disertaka pada Galaxy A3 (2016).

Ketiga-tiga model siri Galaxy A (2016) juga hadir dengan sokongan sistem pembayaran Samsung Pay.

Lain-lain
Ketiga-tiga model ini juga hadir dengan sokongan 4G LTE, slot microSD dan terdapat juga versi dwi-SIM.

Kesemua model didalam siri Galaxy A (2016) ini akan mula ditawarkan di China pada pertengahan bulan Disember dan mungkin memasuki pasaran antarabangsa awal tahun hadapan. 



Samsung Galaxy A3 , A5 dan Galaxy A7 akan ditawarkan didalam empat warna iaitu putih, hitam, emas dan ros emas. 

Harga

Samsung Galaxy A3 akan hadir dengan harga penjualan RM 1,299 manakala Samsung Galaxy A5 ditawarkan RM 1,599 manakala Samsung Galaxy A7 RM 1,899.

Samsung kini mengadakan roadshow di selama 4 hari di Sunway Pyramid dan setiap pembelian siri Galaxy A (2016) akan menerima 32GB kad microSD secara percuma.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates