Sunday, February 14, 2016

Apple IPhone 7 Plus mungkin hadir dengan teknologi dwi kamera


Sony telah mengesahkan bahawa satu syarikat pengeluar telefon pintar gergasi akan menggunakan teknologi kamera dua lensa Sony selewat-lewatnya tahun hadapan.

Ketua pegawai kewangan Sony, Kenichiro Yoshida telah mengesahkan perkara ini dan beliau juga meramalkan permintaan bagi kamera teknologi dwi-lensa akan sedikit terjejas pada tahun ini kerana pertumbuhan yang perlahan di pasaran telefon pintar atasan.

Bercakap mengenai syarikat pengeluar telefon pintar gergasi yang dimaksudkan oleh Sony, Apple adalah satu syarikat yang menggunakan teknologi kamera mereka.

Dengan kenyataan terbaru daripada Yoshida ini, beliau berkata bahawa tahun 2017 mungkin akan menjadi tahun dimana sensor dwi-kamera digunakan secara meluas pada telefon pintar premium.

Walaubagaimanapun, penganalisa KGI Securities iaitu Ming-Chi Kuo yang memang terkenal pemberian maklumat mengenai Apple iPhone berkata Apple iPhone 7 akan hadir dengan teknologi kamera dwi-lensa dengan satu lensa berfungsi sebagai pengzoom optik.

Penyertaan teknologi kamera yang lebih baik pada model Plus bukanlah sesuatu yang baru, sebagai contoh kedua-dua model Apple iPhone 6 dan iPhone 6s Plus mempunyai OIS (optik pengstabilan imej) yang mampu mengurangkan gegaran ketika mengambi


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates