Sunday, February 14, 2016

Gambar sebenar Samsung Galaxy S7 Dan S7 Edge leaked di internet


Samsung sebelum ini telah mengesahkan secara rasmi bahawa Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge akan dilancarkan secara rasmi pada 21 Februari ini iaitu sehari sebelum bermulanya Mobile World Congress yang akan berlangsung di Barcelona.

Jika sebelum ini kita selalu menerima maklumat mengenai spesifikasi dan tarikh pelancaran, kini gambar asli kedua-dua model terbaru Samsung ini telah tersebar.

Kedua-dua model Samsung ini dijangka akan hadir dengan reka bentuk yang hampir sama seperti Samsung Galaxy S6 namun dengan spesifikasi dalaman yang lebih baik.

Antara spesifikasi dalaman yang akan dimiliki kedua-dua model ini adalah skrin paparan QHD ( saiz skrin berbeza ) , 4GB RAM , dua jenis pemproses iaitu Snapdragon 820 dan Exynos 8890 , kamera teknologi BRITECELL dan kapasiti bateri yang lebih tinggi.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates