Sunday, February 14, 2016

10 juta Huawei P8 Lite telah berjaya dijual didalam masa 9 bulan


Huawei telah mengumumkan bahawa salah satu ahli keluarga telefon pintar utama P8 iaitu P8 Lite telah mencapai jumlah penjualan 10 juta unit didalam masa hanya 9 bulan.

Huawei juga berkata bahawa, P8 Lite merupakan telefon pintar yang mencapai penjualan yang lebih baik di pasaran antarabangsa berbanding di pasaran China.

P8 Lite hadir dengan skrin paparan HD 720p berukuran 5.0-inci, pemproses Kirin 620, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman, kamera utama 13MP, kamera selfie 5MP dan bateri berkapasiti 2,200mAh.

Pembelian Huawei P8 Lite boleh dilakukan melalui pengedar sah huawei dan juga melalui kedai online rasmi Huawei iaitu www.vmall.my ( kehabisan stok)


Huawei P8 Lite ditawarkan didalam dua warna iaitu putih dan hitam dengan harga penjualan RM 899.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates