Sunday, February 14, 2016

HTC One M10 dikhabar bakal dilancarkan pada 11 April 2016


Telefon pintar HTC One M10 yang mempunyai kod nama Perfume telah hangat diperkatakan dan telefon pintar ini dilihat taruhan terbaik HTC untuk memulihkan kedudukan kewangan syarikat ini.

HTC One M10 pada mulanya telah dilaporkan akan dilancarkan di MWC yang akan berlangsung didalam masa beberapa minggu sahaja lagi namun pelancaranya telah ditunda ke bulan hadapan iaitu hampir setahun selepas One M9 dilancarkan pada bulan Mac 2015.

Walaubagaimanapun, laporan terbaru mengatakan HTC One M10 akan dilancarkan secara rasmi pada bulan April atau secara tepatnya pada 11 haribulan di kota London.

HTC One M10 dijangka akan hadir dengan reka bentuk yang berasaskan One A9 dan akan dilengkapi dengan skirn paparan QHD AMOLED berukuran 5.1-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 820 , 4GB RAM dan kamera belakang UltraPixel 12MP dengan OIS dan sensor pemfokusan laser.

Jika benar HTC akan melancarkan One M10 pada bulan April , telefon pintar ini harus berasing dengan LG G5 dan Samsung Galaxy S7 yang akan memasuki pasaran pada bulan Mac selepas dilancarkan rasmi di MWC pada 21 Februari ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates