Sunday, February 14, 2016

OnePlus 2 kurangkan harganya dan kini boeh dibeli pada harga RM1452

OnePlus kini telah mengumumkan bahawa telefon pintar utama terbaru mereka iaitu OnePlus 2 kini akan mula ditawarkan dengan harga penjualan yang lebih murah iaitu hanya RM 1452 bagi versi 64GB.

OnePlus berkata sebab utama mereka mampu menawarkan pengurangan harga bagi OnePlus 2 ini adalah kerana kos pengeluaran OnePlus 2 kini semakin rendah dan bagi pembeli OnePlus 2 sejak 15 hari sebelum pengumuman ini dibuat, anda juga akan menerima pulangan kembali perbezaan wang anda.

Selain itu, menjelang hari kekasih yang bakal tiba, OnePlus juga akan menawarkan perkakas perant OnePlus secara percuma , pembelian OnePlus 2 akan menerima Style Swap Cover manakala pembelian OnePlus X akan menerima OnePlus X Case.

Walaubagaimanapun, pengurangan harga ini adalah bagi pasaran antarabangsa sahaja dan tidak dapat kami pastikan samada pasaran Malaysia juga akan mendapat pengurangan harga ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates