Tuesday, July 5, 2016

Samsung Galaxy A9 Pro dijual di Malaysia dengan harga RM1999


Samsung Galaxy A9 Pro nampaknya telah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 1999.

Walaupun masih belum ditawarkan oleh Samsung Mobile Malaysia, syarikat pengedar barangan elektronik Seng Heng telah mula menawarkan model terbaru didala siri Galaxy A ini.

Samsung Galaxy A9 Pro ini hadir dengan reka bentuk dan dimensi yang hampir sama dengan Galaxy A9 namun dengan sedikit perubahan spesifikasi.

Spesifikasi Samsung Galaxy A9 Pro adalah skrin paparan HD penuh 6.0-inci , pemproses Snapdragon 652 daripada Qualcomm, 4GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, A9 Pro juga hadir dengan kamera belakang16MP , kamera hadapan 8MP , slot microSD ( menyokong sehingga 128GB) , dwi-SIM , sensor capjari , bateri berkapasiti 5,000mAh dan TouchWiz UI berasaskan Android 6.0.1 Marshmallow.

Samsung Galaxy A9 Pro ini kini sudah boleh dibeli di stor Sengheng yang berdekatan dengan anda.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates