Sunday, February 7, 2016

Kelajuan 4G LTE di Malaysia adalah antara yang paling perlahan dan paling lambat didunia


OpenSignal telah mengeluarkan satu carta yang membandingkan purata kelajuan 4G LTE yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi di seluruh dunia.

Berdasarkan carta ini, Singapura telah diiktiraf sebagai negara yang mempunyai rangkaian kelajuan 4G LTE terpantas didunia iaitu dengan kelajuan purata 37Mbps diikuti oleh negara Hungary dan Israel dengan kelajuan purata 4G LTE 29Mbps.

Selain itu, Malaysia mempunyai kelajuan purata 4G LTE 12Mbps iaitu antara negara yang mempunyai kelajuan 4G LTE paling perlahan didunia dan lebih mengejutkan adalah, ianya kelajuan yang sama dengan Jepun dan Thailand.




Bercakap mengenai penyedia rangkaian 4G LTE di Malaysia , UMobile mempunyai kelajuan purata paling pantas iaitu 14Mbps diikuti oleh Maxis dan Digi dengan kelajuan purata 12Mbps manakala Celcom mempunyai kelajuan purata 11Mbps.



Maxis mempunyai liputan 4G LTE yang terluas di Malaysia diikuti oleh Digi , Celcom dan UMobile.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates