Wednesday, December 2, 2015

VoLte 2 akan dijual di Malaysia dengan harga termurah iaitu RM399 untuk 100 pembelian pertama


EXmobile Malaysia secara rasminya telah membuka tempahan bagi telefon pintar mereka iaitu VoLte 2 melalui Lazada dan ianya mempunyai spesifkasi yang anda tidak boleh dapat pada tahap harga ini iatu hanya RM 399.

VoLte 2 ini hadir dengan skrin paparan IPS 720p berukuran 5.0-inci (320ppi) yang dilapisi dengan gelas 2.5D yang memberikan model ini wajah premium dan berkualiti tinggi.

VoLte 2 juga hadir dengan pemproses MediaTek 6735A, GPU Mali T720, 2GB RAM dan 16GB ROM selain slot microSD yang memberikan tambahan memori simpanan dalaman sehingga 64GB.

Selain itu, model VoLte 2 ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 2,200mAh, kamera utama 13MP daripada Sony, kamera selfie 5MP, Android 5.1 Lollipop, dwi-SIM dan 4G LTE.


VoLte 2 ini akan hadir didalam tiga pilihan warna yang menarik iaitu warna emas, putih dan biru pekat dan lebih penting untuk kami tekankan disini adalah hanya 100 unit model ini akan ditawarkan di Malaysia.

Tempahan bagi VoLte 2 ini kini telah dibuka oleh Lazada Malaysia pada 1 Disember 2015 ini dan anda digalakkan melakukanya dengan segera kerana hanya 100 unit ditawarkan


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates