Wednesday, December 2, 2015

Oppo secara rasminya perkenalkan A53


Oppo secara rasminya telah melancarkan satu lagi model terbaru mereka di pasaran China iaitu Oppo A53.

Oppo A53 hadir dengan skrin paparan IPS berukuran 5.5-inci, pemproses Snapdragon 615 daripada Qualcomm, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.


Selain itu, Oppo A53 ini juga memiliki kamera belakang 13MP dengan flash Led, kamera hadapan 5MP, bateri berkapasiti 3,070mAh ( tiada pengecasan VOOC), sokongan 4G LTE, sokongan dwi-SIM dan tidak lupa sistem operasi Color OS 2.1 yang berasaskan Android 5.1 Lollipop.

Beralih kepada reka bentuk yang dimiliki oleh Oppo A53 ini, ianya hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli selain gelas 2.5D pada permukaan hadapan. Oppo A53 ini mempunyai kenipisan 7.43mm dengan berat 165gram.


Oppo A53 dijangka akan ditawarkan secara eksklusif di pasaran China sahaja namun model ini masih belum mendapat harga dan tarikh penjualan.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates