Wednesday, December 2, 2015

Acer Liquid X2 bakal dijual di Malaysia tidak lama lagi


Acer Malaysia pada majlis pelancaran siri Liquid Z turut telah mengesahkan bahawa Acer Liquid X2 akan juga memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Acer Liquid X2 hadir dengan skrin paparan HD berukuran 5.5-inci, pemproses 64-bit octa-core ( mungkin menggunaka pemproses MediaTek), 3GB RAM dan 32GB RAM.

Selain itu, Acer Liquid X2 juga mungkin merupakan antara telefon pintar terbaik untuk hadir dengan keupayaan memiliki tiga SIM pada satu model telefon pintar.


Acer Liquid X2 juga akan memiliki teknologi kamera yang baik pada bahagian hadapan dan belakang. Kedua-dua unit kamera ini adalah 13MP dengan f/1.8 dan kedua-duanya juga akan memiliki lampu flash LED.

Selain itu, Acer Liquid X2 juga akan memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh yang mana pihak Acer Malaysia mendakwa telefon pintar ini adalah telefon pintar ternipis untuk memiliki bateri berkapasiti tinggi ini.


Acer Liquid X2 dijangka akan hadir didalam dua warna iaitu warna hitam dan putih dengan harga dan tarikh penjualan masih belum diumumkan lagi.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates