Wednesday, December 2, 2015

Huawei Nexus 6P akan dilancarkan di Malaysia pada 8 Disember 2015


Huawei Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa model mereka yang pertama dengan kerjasama Google iaitu Nexus 6P secara rasminya akan dilancarkan pada 8 Disember ini.

Ini bermaksud telefon pintar dengan sistem operasi Android Marshmallow akan dilancarkan di Malaysia minggu hadapan dan dijangka akan mempunyai harga penjualan RM 2,698.

Huawei Nexus 6P hadir dengan skrin paparan QHD AMOLED berukuran 5.7-inci dengan kepadatan piksel mencecah 518ppi ( turut dilapisi dengan Gorilla Glass 4), pemproses Qualcomm Snapdragon 810 versi 2.1, 3GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Dari segi kamera pula, Nexus 6P mempunyai unik kamera utama yang sama seperti Nexus 5X iaitu kamera 12.3MP dengan 1.55µm piksel dan aperture f/2.0. selain itu, ianya juga hadir dengan dua lampu flash dan mampu merakam video 2160p. dari segi kamera selfie pula, P6 hadir dengan unit kamera 8MP dengan 1.4µm piksel dan aperture f/2.4


Selain itu, Nexus 6P juga mempunyai dua pembesar suara di bahagian hadapan selain sensor pengesan capjari yang diletakkan pada bahagian belakang selain bateri berkapasiti 3,450mAh (dengan teknologi pengecasan pantas melalui slot USB Type-C).

Dari segi memori simpanan dalaman pula, Nexus 6P hadir dengan tiga pilihan iaitu 32GB, 64GB dan 128GB ( tiada slot microSD).

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates