Wednesday, December 2, 2015

Vivo X6 Dan X6 Plus telah dilancarkan secara rasmi


Vivo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Vivo X6 dan X6 Plus yang telah hangat diperkatakan sejak beberapa bulan ini.

bercakap mengenai skrin paparan yang dimiliki oleh kedua-dua peranti Vivo ini, 

Vivo X6 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 1080p berukuran 5.2-inci yang mempunyai kepadatan piksel 424ppi manakala Vivo X6 Plus hadir dengan skrin paparan yang lebih besar iaitu berukuran 5.7-inci namun masih menggunakan teknologi skirn yang sama iaitu Super AMOLED 1080p dengan kepadatan piksel 386ppi.

Beralih kepada pemproses yang dimiliki oleh Vivo X6 dan X6 Plus pula, ianya hadir dengan pemproses 64-bit MT6752 daripada MediaTek yang disertakan dengan 4GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman bagi Vivo X6 manakala Vivo X6 Pula hadir dengan 64GB memori simpanan dalaman.

Beralih kepada kapasiti bateri pula, Vivo X6 hadir dengan bateri berkapasiti 2,400mAh manakala Vivo X6 Plus hadir didalam dua versi dimana satu versi memiliki bateri berkapasiti 3,000mAh dan satu lagi memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh. Kedua-dua model ini juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas.

Selain itu, kedua-dua Vivo X6 dan X6 Plus hadir dengan kamera utama 13MP yang turut dilengkapi dengan pemfokusan PDAF manakala kamera hadapan kedua-dua model Vivo ini adalah kamera 8MP.

Ciri-ciri lain yang dikongsi kedua-dua model Vivo X6 ini adalah sensor cap jar, cip audio Yamaha Hi-Fi, sokongan 4G LTE, Dwi-SIM, dan sistem operasi Funtouch OS yang berasaskan Android 5.1 Lollipop.


Vivo X6 dan Vivo X6 Plus akan mula memasuki pasaran China mulai 7 Disember 2015 ini dan akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu emas, perak dan emas ros.

Vivo X6 akan mempunyai harga penjualan RM1722 dan RM1656 bagi versi Unicom.

Vivo X6 Pula akan mempunyai harga penjualan yang bermula dari RM2142 dan RM1988 bagi versi khas untuk syarikat telekomunikasi Unicom.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates