Wednesday, December 2, 2015

Asus ZenFone Zoom mula dijual dipasaran


Hampir setahun selepas dilancarkan Asus ZenFone Zoom akhirnya telah memasuki pasaran dan kini mula ditawarkan di pasaran Taiwan

Asus Zenfone Zoom mempunyai reka bentuk dan spesifikasi yang sama seperti Zenfone 2 namun ianya mempunyai kamera dengan lensa zoom optik 3x dan disertakan dengan OIS iaitu optik pengtabilan imej.

Satu lagi telefon pintar Asus iaitu, Zenfone Zoom akan hadir dengan reputasi sebagai telefon pintar dengan ‘lensa zoom optik 3x’ ternipis dipasaran dengan 11.95mm jauh meninggalkan pencabar utama telefon ini iaitu Samsung Galaxy K Zoom yang mempunyai kenipisan 16.6mm.


Zenfone Zoom juga hadir dengan lampu Flash ‘True Tone’, fokus laser yang sama seperti pada LG G3. Unit kamera Zenfone Zoom ini adalah 13MP.

Tidak seperti ketika diumumkan awal tahun ini, Asus ZenFone Zoom hadir dengan reka bentuk panel belakang ‘faux-leather’ dan didalam dua versi.

Versi ZenFone Zoom dengan pemproses Intel Atom Z3580 hadir dengan 64GB memori simpanan dalaman manakala versi dengan 128GB memori simpanan dalaman pula hadir dengan pemproses Intel Atom Z3590 berkelajuan 2.5GHz.


Asus ZenFone Zoom versi 64GB ditawarkan dengan harga RM1809 manakala versi 128GB pula mempunyai harga penjualan RM2609 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates