Thursday, November 26, 2015

Xiaomi Redmi Note 3 dilancarkan secara rasmi

Xioami secara rasminya telah melancarkan generasi ketiga telefon pintar Redmi Note 3 mereka iaitu hanya tiga bulan selepas model Redmi Note 2 diperkenalkan ke pasaran.

Xiaomi Redmi Note 3 secara asasnya masih mempunyai DNA Redmi Note 2 dengan beberapa penambahan dari segi reka bentuk, kapasiti RAM , bateri dan sensor capjari.

Xiaomi Redmi Note 3 hadir dengan skrin paparan HD penuh berukuran 5.5 inci, pemproses MediaTek Helio X10, dua pilihan RAM dan kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 2GB/16GB dan 3GB/32GB.


Selain itu, Redmi Note 3 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4000 mAh, kamera utama 13 MP dengan teknologi pemfokusan PDAF, kamera selfie 5 MP dan sensor capjari dengan kelajuan 0.3 saat.

Xiaomi Redmi Note 3 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu perak, emas dan kelabu dan harga penjualan model ini akan bermula dari RM594 untuk versi 2GB/16GB manakala versi 3GB/32GB pula ditawarkan dengan harga RM726 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates