Thursday, November 26, 2015

Huawei Mate 8 turut diperkenalkan secara rasmi


Seperti yang diperkatakan, Huawei telah melancarkan satu lagi telefon pintar mereka iaitu Huawei Mate 8 yang merupakan peranti Huawei pertama untuk hadir dengan pemproses Kirin 950.

Huawei Mate 8 hadir dengan skrin paparan HD penuh berukuran 6.0-inci, dua kapasiti RAM iaitu 3GB dan 4GB RAM, tiga kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 32GB/64GB dan 128GB memori, kamera utama 16MP daripada Sony dan kamera selfie 8MP selain bateri berkapasiti 4,000 mAh.

Selain itu, dari segi sistem operasi pula, Huawei Mate 8 hadir dengan EMUI 4.0 yang paling terbaru dan berasasan sistem operasi Android Marshmallow.

Huawei Mate 8 kini telah mula ditawarkan di China dengan harga penjualan bermula dari RM2030 bagi versi yang mempunyai 3GB RAM dan 32GB ROM versi 4GB RAM dengan 64GB ROM pula ditawarkan pada harga $590 (RM 2,496)manakala versi yang paling tinggi iaitu versi 4GB RAM dan 128GB ROM akan mempunyai harga penjualan $700 (Rm 2,960).

Huawei Mate 8 akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu warna perak, emas, kelabu dan perang dengan penjualan bagi pasaran antarabangsa hanya akan diumumkan pada bulan Januari tahun hadapan iaitu di CES

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates