Sunday, November 22, 2015

Samsung lancarkan Galaxy J3⑥


Samsung secara rasminya telah melancarkan satu lagi telefon pintar badget didalam siri Galaxy J mereka iaitu Galaxy J3⑥ yang telah beberapa kali membuat penampilan tidak rasmi.

Samsung Galaxy J3⑥ ini telah disenaraikan di laman rasmi Samsung China dan spesifikasi J3⑥ ini dilihat hampir sama seperti spesifikasi yang dimiliki oleh Galaxy J5 dan Galaxy On5 yang dilancarkan baru-baru ini di pasaran India. 

Selain itu, Samsung juga menyertakan ⑥ pada nama Galaxy J3 ini dan tidak dapat disahkan apakah maksud nombor ini.

Samsung Galaxy J3⑥ hadir dengan skrin paparan Super AMOLED HD berukuran 5.0-inci, pemproses quad-core berkelajuan 1.2Ghz, 1.5GB RAM, kamera belakang 8MP, kamera selfie 5MP dan 8GB memori simpanan dalaman.


Selain itu, Samsung Galaxy J3⑥ juga hadir dengan UI TouchWiz yang terkini dan beberapa aplikasi untuk pasaran China. 

Selain itu, Samsung juga menyertakan telefon pintar ini dengan beberapa permainan video dengan nilai CNY 72.

Samsung Galaxy J3⑥ ini ditawarkan secara eksklusif kepada syarikat telekomunikasi China Telecom dan dijangka mempunyai harga penjualan kurang dari RM803 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates