Sunday, November 22, 2015

Vivo X6 yang berkuasa akan dilancarkan secara rasmi pada 30 November 2015


Selepas hampir dua minggu mendedahkan sedikit demi sedikit maklumat mengenai Vivo X6, Vivo melalui akaun Weibo mereka telah mendedahkan bahawa Vivo X6 akan dilancarkan secara rasmi pada 30 November 2015 ini.

Vivo X6 yang telah disahkan akan hadir dengan 4GB RAM, sensor pengesan capjari, pengecasan pantas dan didalam 3 warna akhirnya akan didedahkan sepenuhnya pada 30 November ini.

Selain itu, Vivo X6 juga dijangka akan memiliki skrin paparan QHD berukuran 6.0-inci, pemproses Helio X10, 1GB RAM untuk grafik, kamera utama 21MP, kamera selfie 12MP dan bateri berkapasiti 4,000mAh.


Selain itu, Vivo juga dikatakan akan melancarkan Vivo X6 didalam beberapa versi yang mempunyai kapasiti memori simpanan dalaman yang berbeza.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates