Sunday, November 22, 2015

Lenovo Vibe P1 dan P1M dilancarkan di Malaysia


Lenovo Mobile Malaysia secara rasminya telah melancarkan dua telefon pintar baru mereka iaitu Lenovo Vibe P1 dan Vibe P1M yang hadir dengan memfokuskan untuk memberikan pengguna jangka hayat bateri yang lebih lama.

Lenovo Vibe P1 hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Snapdragon 615, 2GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan kapasiti bateri 5,000mAh.

Selain itu Lenovo Vibe P1 juga dilengkapi dengan kamera utama 13MP, kamera hadapan 5MP dan pengecasan pantas yang mengecas penuh bateri telefon pintar ini didalam masa hanya 2 jam.

Lenovo Vibe P1 juga hadir dengan sokongan OTG yang membolehkannya beroperasi sebagai powerbank untuk mengecas telefon pintar lain.

Lenovo Vibe P1 kini ditawarkan di Malaysia didalam dua warna iaitu warna kelabu dan warna platinum dengan harga penjualan RM 1,199.

Lenovo Vibe P1m pula hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci, pemproses MediaTek MT6735P berkelajuan 1.0GHz, 2GB RAM, 16GB RAM dan bateri berkapasiti 4,000mAh. 

Selain itu, Vibe P1M juga memiliki kamera belakang 8MP manakala kamera hadapan adalah 5MP.

Lenovo Vibe P1M kini ditawarkan di Malaysia melalui Lazada dengan harga penjualan RM 649 dan akan mula ditawarkan dipengedar sah Lenovo dari awal bulan Disember 2015.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates