Sunday, November 22, 2015

Spesifikasi Samsung Galaxy A3 dan A5 bocor lagi


Model pengganti Samsung Galaxy A3 dan Galaxy A5 kini telah membuat penampilan di FCC dan telah mendedahkan sedikit spesifikasi model ini.

Samsung Galaxy A5 2016 dijangka akan hadir dengan bateri berkapasiti 2900 mAh berbanding bateri berkapasiti 2,300 mAh yang dimiliki oleh Galaxy A5 2015.

Beralih kepada Galaxy A3 pula, pangkalan data FCC juga mendedahkan model ini akan hadir didalam dua versi iaitu versi satu SIM dan versi Dwi-SIM. 

Selain itu, kedua-dua model ini juga akan hadir dengan NFC sekaligus membolehkanya digunakan untuk sistem pembayaran Samsung Pay.

Sebelum ini spesifikasi generasi kedua Galaxy A3 ini telah didedahkan, ianya akan hadir dengna skrin paparan 720p berukuran 4.7-inci, pemproses Exynos 7580, GPU Mali-T720, 1.5GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman, kamera utama 13MP dan kamera selfie 5MP.

Samsung Galaxy A5 2016 pula akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses octa-core berkelajuan 1.6GHz, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman, kamera utama 13MP dan kamera selfie 5MP

Selain Galaxy A3 dan Galaxy A5, Samsung juga dijangka akan melancarkan generasi baru Galaxy A7 dan kesemua generasi baru didalam siri A ini dijangka akan menjadi realiti sebelum tahun 2016.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates