Sunday, November 22, 2015

Pepsi P1 mula dijual di China


Pepsi P1 kini ditelah mula ditawarkan dipasaran China dan walaupun hadir dengan jenama minuman terkemuka dunia, 

Pepsi dilihat tidak mahu mengambil risiko tinggi apabila melancarkan model ini melalui dana pengumpulan awam JD.com.

Pepsi P1 hadir ke pasaran dengan spesifkasi yang baik dan pada harga yang berpatutan.

Pepsi P1 hadir ke dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci , pemproses MediaTek berkelajuan 1.7GHz,2GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Pepsi P1 juga hadir dengan kamera utama 13, kamera selfie adalah 5MP, bateri berkapasiti 3,00mAh, sokongan dwi-SIM pada rangkaian 4G LTE dan slot microSD.

Pepsi P1 ditawarkan pada harga permulaan CNY 499 namun harga istimewa ini adalah untuk pembeli terawal sahaja.

Pepsi P1 kini dijual pada harga CNY 699 bagi 1000 unit berikutnya dan selepas itu akan meningkat kepada harga CNY 999.

Pepsi P1 akan menjadi realiti jika syarikat ini berjaya mengumpul sasaran dana CNY 3,000,000 dan setakat ini telah mengumpul dana CNY 756,348 dengan tempoh kempen adalah sehingga 3 Disember 2015 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates