Thursday, November 19, 2015

Xiaomi Mi 5 bakal dilancarkan pada 24 November 2015


Xiaomi secara rasminya telah mengumumkan bahawa syarikat China ini akan melancarkan satu produk baru mereka minggu hadapan iaitu pada 24 November 2015 ini .

Walaupun tiada sebarang maklumat akan apakah yang akan dilancarkan oleh Xiaomi ini, ramai pakar teknologi menjangkakan generasi kelima telefon pintar utama Xioami iaitu Mi 5 akan diperkenalkan.


Xiaomi Mi 5 dijangka akan hadir dengan pemproses Snapdragon 820, 3GB atau 4GB RAM dan dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow yang disertakan dengan MIUI 7.

Xioami Mi 5 mungkin akan ditawarkan di pasaran China terlebih dahulu sebelum pelancaran ke pasaran antarabangsa bermula.


Kami berharap model ini akan memasuki pasaran Malaysia lebih awal berbanding Xiaomi Mi 4 yang mana hanya versi 3G ditawarkan dipasaran tempatan.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates