Thursday, November 19, 2015

Gambar yang didakwa sebagai Samsung Galaxy A5 dan A7 mula tersebar di internet


Pelancaran telefon pintar Samsung didalam siri Galaxy A dilihat bakal menjadi realiti dan kesemua model didalam siri ini iaitu A3, A5 dan A7 bakal mendapat pembaharuan sebelum penghujung tahun ini. ( Samsung Galaxy A8 baru dilancarkan pertengahan tahun ini).

Samsung Galaxy A5 dijangka akan hadir dengan skrin paparan HD Penuh berukuran 5.2 inci , pemproses Exynos 7 berkelajuan 1.6 GHz, 2 GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Samsung Galaxy A5 juga hadir dengan kamera utama 13 MP, kamera selfie 5 MP, Android 5.1.1 Lollipop dan hadir dengan nombor model SM-A510.


Beralih kepada Samsung Galaxy A7 2016 pula, model ini dijangka akan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 5.5 inci, pemproses Snapdragon 615, Adreno 405 GPU, 3 GB RAM, 16 GB memori simpanan dan akan mempunyai nombor model SM-A710.

Selain itu, kedua-dua model ini dijangka akan hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli sepenuhnya dan terdapt juga kata-kata model ini akan hadir dengan sensor pengesan capjari.

Walaupun telah dilihat secara jelas, Samsung masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai model Galaxy A ini dan generasi baru Galaxy A ini mungkin dilancarkan bersama-sama Galaxy A9 yang telah mendapat pensijilan Bluetooth.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates