Thursday, November 19, 2015

Xiaomi Mi Pad 2 dijangka dilancarkan menggunakan prosesor Intel


Tablet generasi kedua Xiaomi iaitu Mi Pad 2telah lama dikhabar anginkan sejak Disember. Xiaomi Mi Pad yang asal sudah melebihi kitaran satu tahun bagi model peranti pintar dan pelancaran Mi Pad 2 akan berlaku didalam masa terdekat.

Xiaomi Mi Pad 2 telah mendapat pensijilan di China pada bulan September dan protaip peranti ini telah diuji di ujian Geekbench dan mendedahkan sedikit sebanyak spesifikasi model ini.

Xiaomi Mi Pad 2 dilihat menggunakan pemproses Intel Atom x5-Z8500 berkelajuan 2.24 GHz, 2 GB RAM, Android 5.1 Lollipop dan 16 GB memori simpanan dalaman. Sebagai perbandingan, Xiaomi Mi Pad hadir dengan pemproses Nvidia Tegra 2.


Xiaomi Mi Pad 2 dijangkan akan mengekalkan pengunaan skrin paparan 7.9 inci namun dengan resolusi 2,048×1,536. Mi Pad 2 dijangka akan hadir dengan reka bentuk yang sama seperti Mi Pad dan dengan sistem operasi MIUI 7.

Selain itu, Xioami Mi Pad 2 juga dijangka akan mempunyai harga penjualan yang hampir sama dengan harga Mi Pad iaitu kurang daripada RM800.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates