Thursday, November 19, 2015

Apple dikhabarkan akan melancarkan IPhone 6c pada pertengahan tahun 2016


Apple dikatakan sedang bersiap sedia untuk melancarkan satu lagi model telefon pintar bajet pada pertengahan tahun hadapan. 

Model ini akan dikenali dengan nama iPhone 6c dan ianya dijangka hadir dengan skrin paparan 4 inci.

Bagaimanapun pelancaran model iPhone 6c tidak diberikan harapan yang tinggi untuk menjadi realiti namun kita tidak harus lupa bahawa satu model iPhone 6 dengan skrin paparan yang lebih kecil telah lama diperkatakan.

Apple iPhone 6c dikatakan akan hadir dengan sensor Touch ID, NFC untuk sokongan Apple Play dan harga penjualan yang lebih murah.

Jika menjadi kenyataan, Apple iPhone 6c mungkin akan menjadi model pengganti kepada iPhone 5s sebagai model iPhone paling murah dipasaran namun paling murah tidak bermaksud model ini akan dijual pada harga yang begitu jauh berbeza jika dibandingkan dengan harga penjualan semasa iPhone 5s di Malaysia .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates