Thursday, November 19, 2015

Samsung Galaxy S7 mungkin dilancarkan pada 21 Februari 2016


Laporan mengenai pelancaran Samsung Galaxy S7 yang akan berlaku lebih awal sudah banyak kedengaran dan seperti Galaxy Note 5, Samsung mungkin bertindak melancarkan model Galaxy S7 ini lebih awal. \

Laporan terbaru mengatakan Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge akan dilancarkan pada 21 Februari 2016 berbanding Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge yang dilancarkan pada 1 March 2015. Ini bermaksud Samsung Galaxy S7 hanya dilancarkan 8 hari lebih awal berbanding Galaxy S6.

Tarikh yang dilaporkan ini juga satu hari sebelum sidang Mobile World Congress bermula di Barcelona pada 22 Februari. Sebagai perbandingan MWC tahun ini bermula pada 2 Mac dan Samsung telah melancarkan Galaxy S6 pada 1 March 2015. Jika anda meneka bahawa Samsung akan melancarkan Galaxy S7 sehari sebelum MWC 2016 bermula anda mungkin tepat.

Walaupun masih tiada sebarang pengesahan rasmi daripada Samsung, tarikh 21 Februari dilihat satu tarikh yang sesuai untuk kita menyaksikan generasi ketujuh telefon pintar Galaxy diperkenalkan kepada dunia.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates