Thursday, November 19, 2015

Apple iPad Pro mula dijual di Malaysia dengan harga bermula RM3599


Apple Malaysia kini secara rasminya telah menawarkan Apple iPad Pro ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan yang bermula dari RM 3,599.

Apple iPad Pro yang dilancarkan bersama-sama iPhone 6s dan 6s Plus pada 11 September lalu tiba di Malaysia selepas dua bulan.

Apple iPad Pro hadir didalam dua versi iaitu versi Wi-Fi 32GB dan 128GB dengan harga penjualan RM3,599 dan RM 4,299.


Versi Wi-Fi dan selular pula hanya ditawarkan didalam satu kapasiti iaitu 128GB dengan harga penjualan RM 4,899.

Apple iPad Pro ditawarkan didalam tiga warna iaitu warna kelabu, emas dan perak.




0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates