Thursday, November 12, 2015

Oppo R7s dengan 4 GB RAM mula dijual Malaysia


Oppo Malaysia turut telah mengumumkan harga jualan dan penawaran peranti tersebut di Malaysia. 

Oppo R7s membawakan tanda harga RM1898 untuk pasaran Malaysia, menjadikan ia berbeza RM100 dengan harga jualan Oppo R7 Plus sebelum ini.

Oppo R7s membawakan rekaan lebih kurang seperti peranti lain didalam keluarga Oppo R7.

Ia didatangkan dengan skrin 5.5-inci Super AMOLED menggunakan rekaan kaca 2.5D.

Ia menggunakan rekaan unibody berasaskan logam, dan hadir dalam beberapa pilihan warna termasuk warna eksklusif merah jambu dan emas.


Dari segi spesifikasi, ia dijana menggunakan cip Snapdragon 615 1.5Ghz, serta memori sebanyak 4GB RAM.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel dilengkapi sokongan PDAF, dan kamera hadapan 8-megapixel.

Seperti peranti Oppo yang lain, ia turut dilengkapi dengan pengecasan pantas untuk bateri berkapasiti 3070mAh. 


Oppo mengatakan ia menawarkan masa panggilan selama 2 jam dengan mengecas selama 5 minit sahaja.

Pra-tempahan untuk Oppo R7s ini boleh dilakukan dari 7 November hingga 22 November 2015.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates