Friday, November 6, 2015

Phablet Vivo X6 mungkin dilancarkan pada 9 November 2015


Vivo yang dijangka akan melancarkan generasi baru telefon pintar utama mereka iaitu Vivo Xplay 5S tiba-tiba telah memuat turun gambar kotak Vivo X6 yang merupakan satu phablet. Vivo X6 hadir dengan memfokuskan 4 perkara iaitu kelajuan, kestabilan, jangka hayat bateri dan ketahanan.

Nampaknya pendedahan yang dibuat kami sebelum ini sebenarnya merujuk kepada Vivo X6 dan bukanya Xplay 5S.

Walaupun tiada sebarang pengesahan rasmi, Vivo X6 dijangka akan hadir dengan spesifikasi yang sangat baik. 

Dari segi skrin paparan, Vivo X6 dijangka akan memiliki skrin paparan Quad HD dengan Force Touch atau 3D Touch seperti pada iPhone 6s, pemproses Helio X20 yang mempunyai 10-teras, 4GB RAM dan 1GB RAM khas untuk grafik.

Selain itu, Vivo X6 juga dilihat akan hadir dengan kamera yang memberangsangkan, ianya mempunyai kamera utama 21MP manakala kamera selfie adalah 12MP.

Vivo juga telah mengesahkan akan memberikan lebih banyak maklumat mengenai Vivo X6 ini melalui akaun Weibo mereka dan tarikh 9 November diperkatakan akan menjadi tarikh dimana Vivo X6 diumumkan secara rasmi.

Dalam pada itu, nasib pengganti Vivo Xplay 3S iaitu Xplay 5S masih menjadi tanda tanya.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates