Friday, November 6, 2015

LG Nexus 5X mula dijual di Malaysia



Jika Huawei telah mengesahkan pelancaran Nexus 6P ke pasaran Malaysia, pelancaran model Nexus 5X yang dikeluarkan oleh LG masih menjadi tanda tanya.

Walaubagaimanapun, Nexus 5X kini sudah boleh didapati dipasaran Malaysia dan ditawarkan didalam dua versi iaitu 16GB dan 32GB.

Pengedar telefon pintar tempatan, DirectD kini menawarkan Nexus 5X pada harga RM2,099 bagi versi 16GB manakala versi 32GB dijual pada harga RM 2,499. 

Harga penjualan ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga penjualan yang rasmi yang dikatakan sekitar RM1,650 bagi versi 16GB dan RM 1,850 bagi versi 32GB.

Sebagai peringatan, Nexus 5X hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses Snapdragon 808, 2GB RAM dan slot USB type-C.

LG Nexus 5X turut hadir dengan kamera utama 12.3MP( dikatakan antara kamera terbaik dipasaran telefon pintar), kamera selfie 5MP, Cat 6 4G LTE, WiFi 802.11ac, Bluetooth 4.2, NFC, bateri berkapasiti 2,700mAh yang turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas.

Anda boleh mengetahui maklumat lanjut mengenai Nexus 5X yang ditawarkan oleh DirectD .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates