Wednesday, October 21, 2015

Samsung kini tawarkan Galaxy Note 5 dalam warna emas pink


Samsung secara rasminya telah memperkenalkan Samsung Galaxy Note 5 didalam warna baru iaitu warna merah jambu yang diberi nama ‘Pink Gold’. 

Pelancaran warna baru ini adalah tindak balas hasil populariti warna emas ros yang ditawarkan oleh Apple melalui iPhone 6s.

Walaubagaimanapun, Samsung Galaxy Note 5 warna emas pink ini hanya akan ditawarkan di pasaran Korea Selatan iaitu mulai 23 Oktober ini bersama-sama satu lagi warna iaitu warna titanium perak yang kini sudah mula ditawarkan di pasaran tempatan.

Selain itu, warna emas merah jambu ini hanya akan ditawarkan didalam kapasiti 64GB dengan harga penjualan 965,800 Won iaitu sekitar RM 3,622

Buat masa ini, Samsung belum mengumumkan sebarang perancangan untuk melancarkan warna baru ini ke pasaran antarabangsa namun kami pasti jika model ini mendapat sambutan yang baik di pasaran Korea Selatan, model ini akan ditawarkan dipasaran antarabangsa termasuk Malaysia.

Samsung Galaxy Note 5 kini ditawarkan didalam 4 warna di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,699 termasuk GST.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates