Wednesday, October 21, 2015

Alacatel Flash 2 dilancarkan di Malaysia


Alcatel OneTouch Flash 2 yang dilancarkan secara rasmi pada peghujung bulan September yang lalu kini secara rasminya telah memasuki pasaran tempatan.

Seperti telefon pintar Alcatel yang lain, OneTouch Flash 2 akan ditawarkan melalui Lazada Malaysia dengan harga penjualan RM 549

Alcatel OneTouch 2 ini boleh diklasifikasikan sebagai telefon pintar kelas pertengahan mampu milik.

Telefon pintar ini hadir dengan skrin paparan IPD 720p berukuran 5.0-inci, pemproses MediaTek MT6753 berkelajuan 1.3GHz, 2GB RAM dan 16 GB memori simpanan dalaman.

Dari segi kamera pula, OneTouch Flash 2 hadir dengan kamera ISOCELL Samsung 13MP yang dilengkapi dengan teknologi memfokusan auto ‘phase detection’ dan lampu flash LED dwi-tona. 

Selain itu, kamera ini juga berkebolehan mengambil gambar selfie yang lebih baik dengan kamera 5MP yang turut dilengkapi flash LED.

Selain itu, OneTouch Flash 2 hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh, Android 5.1 Lollipop, sokongan dwi-SIM dan 4G LTE

OneTouch Flash 2 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu kelabu dan putih dengan penjualan pertama akan bermula pada 26 Oktober dari 10 pagi sehingga 2 petang.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates