Wednesday, October 21, 2015

OnePlus 2 mula dijual di Malaysia


Telefon pintar ‘Flagship Killer 2016′ iaitu OnePlus 2 yang ditawarkan oleh Maxis kini sudah boleh dibeli tanpa sebarang kod jemputan.

Jika sebelum ini, pengguna yang berhasrat untuk membeli OnePlus 2 ini harus mendaftar dan mendapatkan jemputan untuk membeli telefon pintar ini, kini anda sudah boleh membelinya secara terus.

Selain tanpa kod jemputan, beberapa minggu lalu, Maxis juga telah mula menawarkan OnePlus Two tanpa sebarang kontrak yang mana ini memberikan petunjuk bahawa telefon pintar yang popular di pasaran utama dunia sehingga mendapat 5 juta pendaftaran minat tidak mendapat sambutan yang menggalakan di Malaysia.

OnePlus Two didalam versi 64GB ini kini ditawarkan oleh Maxis dengan harga penjualan RM 1,788 termasuk GST.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates