Wednesday, October 21, 2015

Oppo R7s dilancarkan secara rasmi


Oppo secara rasminya telah melancarkan satu lagi ahli keluarga baru didalam siri R7 iaitu Oppo R7s di GITEX yang berlangsung di Dubai. Oppo R7s hadir dengan reka bentuk berasakan besi dan mempunyai 4GB RAM.

Dari segi spesifikasi Oppo R7s hadir dengan skrin paparan HD penuh AMOLED 2.5D berukuran 5.5-inci, pemproses Snapdragon 615 daripada Qualcomm, 4GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

Seperti yang dijanjikan, Oppo R7s juga hadir dengan kamera yang lebih baik berbanding Oppo R7 dan R7 Lite, model R7s ini dilengkapi dengan kamera utama 13MP dengan kamera selfie pula adalah 8MP.

Selain itu, Oppo R7s juga hadir dengan slot microSD, Android 5.1 Lollipop dengan ColorOS 2.1, bateri berkapasiti 3,070 mAh ( dengan teknologi pengecasan pantas VOOC ) dan mempunyai berat keseluruhan 155gram.

Oppo R7s akan mula ditawarkan dibeberapa pasaran Asia dan Australia bulan hadapan dan pada bulan Disember, model terbaru Oppo didalam siri R7 ini akan mula memasuki pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates