Sunday, October 25, 2015

Acer Jade Primo mula dijual dengan harga sekitar RM1733


Acer Jade Primo baru sahaja dilancarkan di Filipina dan spesifikasi penuhnya turut dikongsikan.

Ia mempunyai skrin 5.5 AMOLED FHD, diperkasakan pemproses Snapdragon 808, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman 32 Gigabyte.

Kemampuan optik pula ialah kamera utama 21 Megapixel dan kamera hadapan 8 Megapixel.

Harga jualan di Filipina ialah RM1733 .


Harga jualan peranti adalah agak murah dengan spesifikasi yang ditawarkan.

Acer sebelum ini telah mengatakan mereka akan turut menawarkan Jade Primo bersama-sama papan kekunci, tetikus dan juga dok khusus untuk menghubungkan ia menjadi komputer penuh.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates