Sunday, October 25, 2015

Harga jualan Blackberry Priv dijual dengan harga permulaan RM3300


Blackberry Priv ialah peranti Android pertama yang dihasilkan oleh Blackberry. 

Kemunculannya sangat dinantikan dan terdapat puluhan gambar dan video sudah tertiris walaupun ia belum dilancarkan secara rasmi. 

Ramai bekas pengguna Blackberry menunjukkan minat untuk kembali kepada peranti yang menawarkan sistem penyulitan yang tinggi.

Beberapa syarikat telekomunikasi di luar negara sudah menawarkan program pra-tempahan. 

Ini memberikan kita petunjuk harga jualan peranti ini kelak. 

Di India harga jualan bermula dari RM3332. 

Di United Kingdom pula ia dijual tanpa kontrak pada harga RM3836. 


Walaubagaimanapun United KIngdom adalah antara negara yang mempunyai harga peranti mudah alih yang termahal di dunia kerana cukai yang tinggi. 

Jadi harga jualannya kelak pasti di dalam julat dua harga yang disebutkan tadi. 

Ini masih meletakkan Priv sebagai peranti yang mempunyai harga yang mahal. 

Harga yang terlalu mahal adalah antara faktor mengapa peranti BB10 gagal di pasaran apabila diperkenalkan beberapa tahun yang lalu. 



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates