Sunday, October 25, 2015

Sharp keluarkan model edisi terhad bertemakan Neon Genesis Evangelion

Pihak Sharp telah keluarkan telefon pintar khusus untuknya dinamakan sebagai SH-M02-EVA20.

Telefon pintar ini membawakan rekaan bertemakan siri animasi berkenaan, termasuk penggunaan warna khusus – sebagai contoh warna butang kuasa yang seumpama terdapat pada Unit-01 dalam siri animasi berkenaan.

Telefon pintar ini dilihat memfokuskan kepada peminat siri berkenaan, dan hanya sekitar 30,000 unit sahaja akan dihasilkan. Dari segi spesifikasi, ia membawakan spesifikasi biasa sahaja – termasuk penggunaan cip Snapdragon MSM926 1.2Gz, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB.

Melengkapkan peranti ini adalah beberapa kandungan tambahan untuk para peminat siri animasi berkenaan. Pelbagai gambar latar akan ditawarkan secara percuma setiap hari untuk tempoh setahun, selain turut menyertakan kesan bunyi menggunakan suara watak pada siri animasi berkenaan.

Telefon pintar ini hanya akan dijual di Jepun sahaja, dan dengan pengeluaran terhad, Sharp akan menjualnya pada harga RM3014 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates