Saturday, September 26, 2015

BlackBerry Priv yang gunakan OS Android akan dilancarkan pada hujung 2015


BlackBerry umumkan bakal melancarkan BlackBerry Priv tidak lama lagi .

BlackBerry mengatakan telefon pintar Android mereka akan memfokuskan kepada teras utama BlackBerry ,  iaitu privasi para pengguna. 

BlackBerry Priv ini akan mengintegrasikan teknologi sekuriti dan produktiviti daripada BlackBerry bersama-sama ekosistem mudah-alih popular, Android.


BlackBerry Priv ini yang akan hadir dengan papan kekunci boleh-luncur ini bakal dilancarkan pada tahun ini di beberapa pasaran utama, selain ditawarkan secara atas-talian. 

BlackBerry mengatakan mereka akan berkongsi maklumat lanjut mengenai peranti BlackBerry Priv ini dalam beberapa minggu lagi.

Walaupun akan mengeluarkan peranti berasaskan Android ini, BlackBerry turut menekankan mereka akan terus komited dengan platform BlackBerry 10 mereka.


Pengenalan BlackBerry Priv berasaskan kepada Android ini dijangka akan memberikan kesan positif atas kewangan syarikat mereka.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates